Pages

Saturday, November 13, 2010

Sesi Kareoke di Red Box The Garden








Walaupun kita tak dapat nak me"nyumbang"kan suara di
Red Box Ria Sogo tapi kita berjaya re-arrange our kareoke
session di Red Box The Garden. Thank you all.

Tuesday, November 9, 2010

PEMBERITAHUAN

Salam,

Kepada kawan2 sekalian, aku dalam proses utk memasukkan beberapa gambar percutian kita di Pulau Langkawi. Sebab aku nk edit skit gambar tuh...amik masa skit.Harap Maklum.

Friday, October 8, 2010

BOSaaaaaaaannnnnnnnnnnnnn...

Assalamualaikum..

Mintak perhatian kepada sahabat yg tersayang dan yg boochuk2 sekalian...setelah menempuhi hari-hari yg membosankan dgn kerja harian yg melambak dan tak pernah henti2...akhirnya aku dah jumpa tempat yg agak sesuai utk kita menginap...jawapan nya...KONDO ISTANA LANGKAWI bertempat di kuah...tempat ini mendapat komen yg baik dpd para pengunjungnya...mengenangkan budget kita yg ketat aku rasa ini lah tempat yg sesuai dan berbaloi...rate nya dalam rm 210 sehari...dua hari bersamaan rm 420...kondo ini ada ruang tamu, 2 bilik tidur dan juga dapur utk kita memasak..amacam..setuju tak?..minta maap le ada perubahan di saat yg genting ini...aku ada masalah skit utk hubungi hotel TM di langkawi yg tak pernah angkat telepon...ada apa2 pertanyaan sila hubungi Puan Sri Norsuhaida...ok la...babai.last skali utk melihat keadaan di KONDO tu boleh le korang klik di link ini:... http://kondoistana.blogspot.com/

Thursday, May 13, 2010

Pening Lalat


Assalamualaikum.

Sampai sekarang kita masih belum dapat tarikh yang sesuai untuk hari percutian kita kali ini. Aku harap kita yang terlibat dapat lah berkorban kerja untuk sama-sama kita meluangkan masa di suatu tempat yang indah dan permai. Aku pening!!!

Friday, May 7, 2010

Tempat penginapan percutian de' Langkawi

Setelah aku mengadakan diskusi ringkas bersama-sama dengan beberapa ahli jawatankuasa, kami bersetuju untuk
menginap di Century Suria Service Suites bagi percutian de' Langkawi. Bersama ini juga aku sertakan bersama sedikit penerangan mengenai tempat itu.

Century Suria Service Suites - Room

Standard Service Suite (3 bedrooms)

  • 3 bedrooms and 2 bathrooms
  • 1 king-sized bed and 2 queen-sized bed
  • Mini fridge,balcony and windows.
  • TV & DVD air-condition for all rooms
  • Hotwater for shower,hairdryer,iron & iron board
  • Kitchen and coffee / tea making facilities

Lowest Rate at
RM 300+

Tempat ini bagi aku menarik dan mampu untuk memenuhi citarasa semua ahli kumpulan. Sekiranya
ada sebarang pendapat lain. Sila komen. Agar mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan bagi menjamin masa depan semua ahli persatuan.

Untuk details yg lebih lanjut tentang tempat penginapan ini sila klik link di sini.







Friday, February 12, 2010

What next???

What Next?.....Next please??..!

Percutian yg mampu menghilangkan ketegangan yg melanda hidup sahabatku...tapi ada perkara kita patut biarkan ia berada di dalam ketegangan...hahahah...lu pikir le sendiri yerk...hahahah...

Ok..sudah2x...jgn berpikir lg..ni aku nk bgtau percutian berikut..klu x silap aku sume org dh setuju nk bercuti di Pulau Langkawi,...aku tak pernah jejak lagi ke sana...yg penting kita ke sana bukan untuk bershopping sj...bg yg pikir nk bershopping silalah kumpul duit dari sekarang...

Aku dh survey beberapa hotel yg menarik di langkawi...nanti masa meeting boleh ler aku terangkan...bila masa yg sesuai?....aku cadangkan kita buat percutian kita ni pada akhir tahun 2010 yakni dalam bulan 10 - 12...masa tuh memang sesuaikan...

Percutian kali ni...aku minta kerjasama dari sahabatku semua untuk memberikan komitmen 100% bukan nya 50-50....sila hadirkan diri anda di tempat kejadian dan pada masa yg telah ditetapkan.

Apa2 pun kita bincangkan masa perjumpaan nanti yerk.

Babai...

Mengapa tak boleh plak?

Kalau nak tau ape yang tak boleh tuh...sila baca dibawah ni...
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya. -

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka. -

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.

Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. - Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. - Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Thursday, January 14, 2010


Selamat Menyambut TAHUN BARU...Semoga Tahun 2010 memberi suatu kejayaan baru dalam hidup...dan kenangan 2009 bersemadi di dalam ingat kita. Daripada Hafidz, Suhaida dan Sara Zuraida